facebook_pixel

Sampai bila!?

Sampai bila nak adjust ads tu? Asyik adjust-adjust tak tak jadi-jadi juga.

Macam-macam ayat iklan dah guna, macam-macam interest dah try tapi tak jadi-jadi juga. Sudah sampai masa anda ubah strategi dan taktik, 2017 tak sama dah macam tahun-tahun yang lepas.

Kalau anda masih buat strategi dan taktik yang sama berulang kali dan mengharap result yang sama… tu gila tahap gaban namanya. Hehe….

“Kegilaan itu adalah mengulangi perbuatan yang sama setiap hari tapi mengharapkan hasilnya berbeza”-Albert Einstein

Jadi, hari ni saya nak kongsikan 3 taktik dan strategi super sado, untuk anda gunakan dalam kempen iklan FB anda.

Taktik ni ramai dah marketer bertaraf antarabangsa guna, tapi di Malaysia masih tak ramai tahu. Kalau anda tak baca ni, memang anda rugi sebab ketinggalan.

#1 Gunakan Video Ads

Mengikut satu kajian, video adalah trend pada tahun 2017.

Jika anda masih belum gunakan video, maksudnya anda sudah ketinggalan. Video dapat menyampaikan msej dengan mudah. Ramai prospek yang malas nak membaca, tapi mereka suka untuk tonton video.

Anda juga boleh bina senarai audience dengan video ads. Bina audience yang tonton video anda lebih dari 50%.

Kelebihan bina audience adalah, anda boleh lancarkan iklan dan target semula mereka yang dah pernah tengok video anda.

#2 Pixel dan Website

Website bukan sahaja medium untuk menjual semata-mata, tapi ianya adalah bina untuk berkongsi dan membina kredibiliti.

Bisnes yang ada website dilihat lebih dipercayai kerana prospek melihat bisnes yang mempunyai website dianggap lebih serius.

Anda boleh gunakan website untuk berkongsi tips dan konten. Perkongsian seperti ini boleh membina kepercayaan. Contoh, kongsikan tips senaman jika anda jual produk vitamin untuk sado.

Apa yang penting, anda tanam pixel code di website anda. Pixel code ni boleh simpan rekod prospek-prospek yang pernah membaca perkongsian anda. Kemudian, anda boleh buat iklan hardsell target kepada prospek yang pernah melawat website anda.

Prospek begini lebih mudah membeli, sebab mereka sudah kenal bisnes anda.

 #3 Elakkan Menjual Pada Cold Market

cold market

Apa tu cold market?

Cold market adalah prospek yang belum kenal pada bisnes anda. Dalam erti kata lain, buat iklan hardsell dan terus menjual.

Tak faham lagi?

Alaaa… Macam style iklan zaman Hang Tuah dulu tu, post ayat iklan, upload gambar, setting ads dan terus menjual. Hehe…

Jadi, macam mana cara yang sesuai? Rujuk semula Taktik #1 dan Taktik #2. Bina audience dan kemudian retarget.

Kesimpulan

3 taktik yang sesuai digunakan pada 2017 adalah, perbanyakkan konten dan perkongsian. Gunakan video dan artikel di website untuk bina kredibiliti dan kepercayaan.

Kemudian, hanya buat kempen iklan hardsell pada mereka yang dah tonton video dan baca artikel di website anda.

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share supaya lebih ramai dapat manfaat!

Shares