facebook_pixel

“Apa perlu saya semak bila iklan takde respon?”

Soalan di atas ini, kerap ditanya oleh peniaga online. Tak kurang juga yang mengadu; 

“Saya dah buat ayat iklan jenis menjual, dah 3-5 hari buat iklan Facebook Ads. Kenapa takde orang respon? Tapi saya tengok pesaing saya buat, benda yang sama, ramai jer yang respon …” 

Jawapan-nya: “Mungkin pesaing anda, dah tahu ilmu yang dikongsikan dalam artikel ini. hehehe”

Jika anda ada masalah di atas, berita baiknya, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa sebab & punca yang anda boleh semak sendiri, tanpa kami berada di sisi.

Selepas anda habis baca artikel ini. Anda kena tanya diri sendiri; “Aku dah buat belum, nasihat yang artikel ini kongsikan”

Tanpa buang masa. Jom kita lihat satu per satu apa yang perlu disemak semula, jika iklan yang kita buat tak ada respon.

 

1) Permintaan.

“Aku rasa produk macam ini boleh jual” <– Mindset salah!USP produk

Realiti: Apa yang kita rasa. Belum tentu sama dengan apa yang orang nak.

‘Rasa-rasa’ sahaja tak cukup untuk membuktikan produk itu ada permintaan.

Benda ini biasa berlaku, bilamana seseorang itu obses (terlampau cinta) dengan kehebatan produk. Tanpa fikir pasal pelanggan.

Realitinya; “Manusia beli bukan sebab produk. Tapi sebab nak selesaikan masalah”

Ada produk mungkin boleh selesaikan 1001 jenis masalah:

  • Masalah ruam bayi.
  • Masalah jerawat bernanah.
  • Kencing manis.
  • Gout.
  • Selesema
  • Dan lain-lain.

Tetapi, tak semua masalah orang sanggup bayar. Tak mustahil. Produk kita ada 6 masalah yang boleh diselesaikan. Tetapi hanya 1-2 sahaja yang orang betul-betul sanggup bayar.

Inilah benda yang biasa kami semak, bila terima klien servis baru.

Biasa, kami akan semak dulu. Produk/servis anda selesaikan masalah apa? Ada permintaan ataupun tidak? Orang sanggup bayar ke tak? Orang yang macamana sanggup bayar?

Dah jumpa data-data ini, baru kita mulakan kempen iklan. Ingat! mulakan dengan semak permintaan terlebih dahulu. Takut-takut kita berada dalam zon ‘syok sendiri’.

2) Pelanggan sasaran.

Selain daripada semak permintaan. Pernah tak anda terfikir?

Kenapa ayat iklan yang sama, produk pun sama, si A buat menjadi, tetapi si B buat tak menjadi. Padahal, dah terbukti memang produk itu laku & ada permintaan.

Salah satu sebabnya adalah ‘tersalah sasaran’. Nak bagi mudah faham. Saya berikan satu situasi.

Contoh: Jersi Bola JDT (Johor Darul Takzim).

  • “Siapa yang perlukan jersi ini?” – Peminat bola JDT.
  • “Dimana mereka berada?” – Stadium Larkin/FB Page Southern Tiger.

Apa jadi kalau saya buat ayat iklan:

“Khas kepada peminat bola JDT!” tetapi letak dekat depan Stadium Negeri Kelantan.

Agak-agak ada orang respon & angkat tangan; “Saya nak.. saya nak”. Jangan harap. Sebab kita dah tersalah sasaran. Jadi, orang yang nampak iklan tu tak ada sebab untuk mereka peduli dengan iklan kita.

Untuk selesaikan masalah ini, ada 2 benda penting yang kita kena kenalpasti;

  1. Kita kena kenal siapa pelanggan kita.
  2. Kita kena tahu dimana mereka berada.

Barulah mudah kita nak dapat respon. Dalam panduan seperti FB 101 (level newbie) & VIPER (level advance) ada dikongsikan cara, untuk kenalpasti dimana prospek anda berkumpul.

Supaya kita boleh pacak iklan kita, depan mata dia.

3) Copywriting.

Permintaan dah ada. Sasaran dah tepat. Tetapi ayat copywriting berbelit-belit. Ini juga antara punca kenapa iklan kita tak ada respon.

Peraturan copywriting (penulisan ayat iklan) ini mudah jer. Bila orang faham apa yang mereka nak, ada dalam ayat iklan kita, mereka akan respon tanpa kita paksa.

Ingat semula. Salah satu tujuan, kenapa kita buat copywriting;

“Sampaikan mesej yang mudah difahami, ikut bahasa yang pelanggan guna, supaya mereka rasa berminat nak beli & bertindak ikut apa yang kita minta”

Ayat seperti:

  1. “Khas buat peminat JDT, yang tengah cari jersi warna hitam!” <– Lebih mudah faham!
  2. “Warna hitam ‘choc moist kek’ menawan hati ku” <– Tak fokus & tak tahu dia jual apa.

Kuncinya;

  • Kenalpasti apa yang mereka mahu.
  • Kenalpasti apa yang mereka nak tahu tentang produk kita.
  • Sampaikan ikut bahasa yang mereka guna.

Kalau boleh, bahasa yang kita gunakan, budak umur 12 tahun boleh faham. Tak perlu ayat sastera & bahasa sainstifik. Namun begitu, jika ada istilah yang kita ras penting & terpaksa guna.

Sila terangkan makna istilah tersebut, guna bahasa yang mudah difahami.

Kesimpulan.

Jika kita masih baru nak berniaga & ada idea-idea yang bagus. Sila semak dulu permintaan sebelum tempah stok ribu-ribu.

Tak rugi belajar kaji tentang pasaran. Daripada kita melebur duit, beli stok yang tak terjual. Kan dah pening!

Sebagai kesimpulan. Ini 3 kunci akhir artikel ini;

  • Pastikan masalah yang kita nak selesaikan ada permintaan.
  • Pastikan kita kenal siapa pelanggan & tahu dimana mereka berada.
  • Pastikan ayat yang kita guna boleh difahami tanpa buka kamus.

Semoga artikel ini membantu anda semua untuk dapat lebih banyak respon lepas ini. Untuk dapatkan konten artikel yang akan dikemaskini, sila #share di Facebook anda.

Sekian terima kasih kerana luangkan masa untuk baca. #KajiPermintaan.

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share supaya lebih ramai dapat manfaat!

Shares