facebook_pixel

Anda pernah dengar apa itu CUSTOMER AVATAR?.Tapi sebelum itu ianya bukan seperti gambar di bawah ini ya…

Yang di dalam gambar ini adalah Filem AVATAR dan bukan Customer Avatar

Jadi anda jangan COMFIUS dengan perkataan AVATAR ini..okay back to our bisnes..

Apa dia Customer Avatar?

Customer Avatar adalah personaliti bakal pembeli produk/servis yang kita jual. Mereka ini adalah golongan sasaran atau TARGET AUDIENCE yang kita telah bayangkan sebelum ini. Anda mungkin boleh mengatakan bahawa golongan sasaran anda boleh terdiri dari pelbagai jenis orang,dan tak perlu pun untuk buat Customer Avatar. Tetapi dalam pemasaran caranya berbeza , Customer Avatar adalah sesuatu perkara yang SANGAT PENTING untuk dikenalpasti sebelum sesuatu iklan di buat.

Tanpa Customer Avatar ini , strategi pemasaran anda mungkin akan tersasar atau “KE LAUT” disebabkan tiada TARGET AUDIENCE yang khusus. Bagaimana untuk membina sesebuah Customer Avatar? Baiklah di dalam artikel ini saya akan senaraikan 11 Soalan yang perlu anda jawap untuk mengenali Customer Avatar anda.

1.Apakah Jantina mereka?Lelaki atau perempuan?

Anda perlu mengenalpasti adakah bakal pembeli anda lebih ramai lelaki atau perempuan. Jika anda menjual barangan yang lebih cendurung  dengan perempuan maka tumpuan pemasaran mestilah  lebih fokus kepada perempuan. Contohnya menjual barangan bayi. Kalau diikutkan logik akal, barangan bayi ini boleh boleh dibeli oleh ayah dan juga ibu. Tetapi berdasarkan pemerhatian dan juga analisa kebanyakan yang membeli barangan bayi adalah ibu dan bukan bapa. Oleh yang demikian jantina Customer Avatar  bagi produk bayi anda adalah perempuan.

2.Berapakah umur mereka?

Setelah kenalpasti apakah jantina mereka ,anda perlu tahu adakah produk anda sesuai digunakan oleh semua lapisan umur? Adakah sesuai menjual tudung stylo kepada makcik-makcik berusia 50 tahun ke atas? Adakah sesuai menjual kerusi urut kepada golongan muda remaja? Jadi anda perlu kenalpasti berapakah umur yang ideal untuk produk anda kepada bakal pembeli anda.

3. Dimana tempat tinggal & tempat kerja mereka?

Antara rahsia pemasaran yang berkesan adalah TARGET LOCATION yang betul. Contohnya anda membuka kedai makan di Serdang, jadi adakah anda perlu untuk untuk target mereka yang tinggal di Kedah,Johor dan Kelantan? Tidak perlu kan? Satu tips lagi berkaitan dengan lokasi ini adalah anda perlu kenalpasti dimana Customer Avatar  anda selalu “Lepak” di media sosial.Mereka mungin berrada di dalam Forum-forum,Facebook group atau di dalam Instagram.

4. Apakah tahap pendidikan mereka?

Pemahaman berkaitan tahap pendidikan juga sangat penting.Ini kerana kita boleh tahu bagaimana mereka memproses sesuatu maklumat yang disampaikan. Adakah mereka ini jenis yang memerlukan data untuk membeli? atau cukup sekadar untuk menunjukkan testimonial daripada pengguna sebelum ini

5. Berapakah gaji bulanan mereka?

Berapa banyak gaji seseorang itu ada akan mempengaruhi kuasa membeli mereka. Jadi anda perlu tahu adakah mereka ini mempunyai kuasa untuk membeli produk anda. Contohnya produk anda bernilai RM 3,000 bagi satu produk. Dalam kes ini anda perlu kenalpasti mereka yang “berduit” ataupun “mampu”untuk mendapatkan produk anda.

6. Apakah pekerjaan mereka?

Kenapa perlu kenalpasti pekerjaan? Kepentingan mengenali pekerjaan adalah untuk anda TARGET bakal pelanggan yang sesuai dengan pekerjaan mereka. Contohnya perempuan yang bekerjaya memerlukan tudung yang pelbagai warna untuk disesuaikan dengan baju untuk ke pejabat. Mereka yang bekerja 8 jam tanpa henti di atas kerusi mungkin memerlukan produk yang dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan.Jadi adakah produk anda sesuai untuk mereka?

7. Perkara yang paling mereka suka/minat?

Apakah perkara yang mereka paling suka apabila mereka memiliki produk anda? Dalam konteks ini sebenarnya anda boleh ubah soalan kepada “Apakah nilai yang mereka anda dapat selepas menggunakan produk anda”.Contohnya selepas menggunakan krim pemutih jenama X muka mereka akan cantik dan  FLAWLESS persis artis-artis korea. Ramai rakan-rakan di pejabat akan memuji melihat perubahan kulit muka mereka. Jadi kulit putih dan pujian adalah antara perkara yang mereka suka dan minat.

8. Apakah perkara yang memberi motivasi kepada mereka?

Motivasi? Motivasi berkaitan apa? Motivasi ini lebih kepada apa yang mendorong mereka untuk membeli sesuatu produk. Kebiasaannya ada dua Faktor utama iaitu PAIN & GAIN. PAIN (Kesakitan) merujuk kepada MASALAH yang mereka terpaksa hadapi selagi mana ianya tidak dapat diselesaikan .Contohnya masalah kegemukan.Orang yang mempunyai masalah obesiti ini sukar untuk bekerja dalam keadaan yang memerlukan pergerakan.Mereka akan cepat letih.Jadi selagi mana masalah obesiti ini tidak dapay diselesaikan,selagi itulah mereka akan menghadapi masalah yang sama. GAIN (Nilai diperolehi)  pula boleh rujuk kepada perkara no.7 sebelum ini.

9. Apakah ketakutan/halangan mereka mendapatkan produk/servis anda?

Halangan untuk mendapatkan produk ini pelbagai.Ada yang berkaitan dengan harga.Ada juga yang berkaitan dengan kepercayaan dan pelbagai lagi yang anda perlu senaraikan. Selepas senaraikan , langkah seterusnya anda boleh tawarkan sesuatu yang boleh COUNTERBACK ketakutan mereka tersebut. Contohnya jika masalah mereka tidak percaya dengan produk anda, maka apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memasukkan lebih banyak testimoni pelanggan yang telah berjaya dalam kempen iklan anda.

10. Kenapa mereka perlu membeli daripada anda?

Ini boleh diselesaikan dengan menawarkan  USP (Unique Selling Point) dalam produk anda. USP adalah kelainan yang anda tawarkan kepada customer anda berbanding daripada tawaran daripada pesaing anda. Contoh USP adalah seperti anda menawarkan pertukaran produk 1 to 1 sekiranya produk tersebut mempunyai masalah dalam tempoh masa sebulan.

11. Apakah “Shopping Habit” mereka?

Apakah produk lain yang mereka beli selain daripada produk anda?Kenapa mereka membeli produk tersebut?Apakah mereka selalu bertukar-tukar kenderaan? Dalam masa 10 tahun berapa banyak rumah mereka dah berpindah?.Ini antara soalan-soalan yang anda boleh tanya kepada audience anda untuk mengenali Shopping Habit mereka.Mereka yang mempunyai Shopping Habit yang tinggi ini adalah lebih mudah untuk membeli berbanding mereka yang kurang bershopping

Setelah mengenalpasti Customer Avatar anda, maka akan lebih mudah untuk membuat ayat iklan (Copywriting) yang betul-betul TARGETTED kepada Customer Avatar anda tersebut. Jadi anda tak perlu pun untuk belajar sesutu yang BOMBASTIK dalam penulisan copywriting.Cukup sekadar memahami bakal pelanggan anda.

Belajar sesuatu?

KONGSIKAN ARTIKEL INI DENGAN RAKAN ANDA

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share supaya lebih ramai dapat manfaat!

Shares