facebook_pixel

Tak Ada Idea Nak Buat Ayat Iklan Untuk FBads?

Sekiranya anda perlukan bantuan untuk buatkan ayat iklan FBads yang berkesan, maka kami ada tawaran khas untuk anda.

Kami boleh bantu buatkan ayat iklan anda:

Kami nak bantu anda yang...

  • Tak mahu serabut-serabut fikir idea untuk buat ayat iklan
  • Tak mahu buang masa untuk buat ayat iklan sendiri
  • Dah penat buat ayat iklan tapi tak jadi-jadi
  • Mahu team yang mahir untuk buatkan ayat iklan anda

Ramai yang ada masalah tak tau buat ayat iklan!

Sebelum ni, kami hanya tawarkan servis tulis ayat iklan kepada klien premium kami sahaja!

Kalau nak kami buatkan ayat iklan, anda wajib ambil servis iklan dan kontrak minimum 6 bulan dengan kami, baru kami buatkan ayat iklan untuk anda.

Tapi...

Ada ramai yang pandai buat FBads cuma ada masalah tak tau buat ayat iklan yang boleh menarik ramai pelanggan.

Jadi, kami 'decide' nak tawarkan servis tulis ayat iklan atas permintaan ramai. Kami nak bantu anda buatkan ayat iklan yang berkesan.

Servis ini "one off" dan tiada kontrak.

Antara Klien yang Pernah Guna Servis Kami

Tapi... Bukan semua produk kami terima

Servis kami tidak sesuai untuk: 

  • Ubat kuat 18sx
  • Produk kurus

Sebab produk begini sangat berisiko di Facebook.

Kami ni siapa ya?

Hai, saya Firdaus Azizi.
Pengasas kepada FA Marketing Sdn. Bhd (Fames). Saya yang uruskan Team Fames.
Pengalaman dalam bisnes online bermula sejak tahun 2010:
  • Guna Facebook Ads sejak tahun 2011.
  • Anjurkan bengkel praktikal tentang Facebook Ads sejak 2014-2017.
  • Telah anjurkan lebih 100 bengkel & seminar seluruh Malaysia.
  • Dah bantu lebih 4000+ peniaga online guna Facebook Ads.
Pernah dijemput oleh Utusan Malaysia berkongsi tip pemasaran online.
Team ini ditubuhkan atas permintaan peserta bengkel.
Alhamdulillah, kini team Fames telah ada Official Copywriter, Ads Specialist & Ads Analyzer untuk bantu pemilik bisnes seperti anda.  
Sekarang, saya nak perkenalkan kepada anda, siapa team ini dan bagaimana mereka boleh bantu anda?

Copywriter - Faris Osman

Beliau adalah Official Copywriter dalam Team Fames.
  • Berpengalaman lebih 4 tahun dalam dunia copywriting di Malaysia.
  • Cekap sesuaikan lenggok copywriting yang disukai pelanggan.
  • Mampu kenal pasti kenapa sesuatu copywriting tidak berkesan.
Sebelum bersama Team Fames. Beliau banyak mengambil 'Underground Job' untuk syarikat-syarikat SME (Jualan bawah RM500k).
Tak gemar guna ayat HYPE, bombastik & meletop-letop untuk menghasilkan copywriting.
Mindset beliau: Bila pelanggan faham & jelas dengan senang apa yang kita ditawarkan. Itu sudah cukup mendapatkan jualan.

Copywriter - Danial Arif

Beliau adalah content writer/copywriter dalam Team FAMES
  • Berpengalaman lebih 4 tahun dalam dunia internet marketing.
  • Mampu tentukan elemen emosi yang sesuai digunakan dalam copywriting.
  • Ada skill tentukan suis-suis yang boleh buatkan pelanggan untuk membeli
Minat mengkaji ilmu NLP, Neuromarketing dan psikologi pemasaran dan jualan. Copywriting dan content beliau hasilkan digarap mengikut prinsip dan praktik ilmu NLP, Neuromarketing dan Psikologi manusia.
Prinsip beliau adalah, kuasai asas kerana asas ibarat akar. Jika kukuh akar, maka mekar dan kukuhlah sebuah pohon itu

Ads Specialist- Harith Soleh

Dalam Team Fames, beliau adalah Ads Analyzer kami.
  • Berpengalaman lebih 6 tahun dalam perniagaan online. 
  • Mahir 'membaca' data-data iklan Facebook Ads. 
  • Ada skil ubah suai suis-suis penting untuk kekalkan prestasi iklan pada tahap memuaskan.
Pendek kata, jika kos iklan semakin tinggi atau result kurang memuaskan. Kami akan serahkan tugas ini kepada beliau.
Beliau akan selongkar data-data iklan & perbaiki apa yang perlu. Kebanyakkan analisis beliau, banyak yang mendatangkan hasil.
Prinsip beliau dalam 'Advertising'. Jangan terlalu fokus pada LIKE tetapi pada 'lead & conversion' yang kita dapat dari satu iklan.

Ads Specialist - Hazwan Syahmi

Orang penting dalam Team Fames, beliau adalah Ads Specialist kami.
  • Berpengalaman lebih 4 tahun dalam selok belok Facebook Ads.
  • Sangat faham & kreatif merangka kempen iklan.
  • Mempunyai portfolio menghasilkan iklan klien & jualan lebih RM300k sebulan.
Sebelum masuk dalam Team Fames. 
Beliau pernah dijemput HQ Facebook Asia di Singapura untuk berkongsi tip naikkan jualan sebuah syarikat tempatan.
Sekarang di Fames, beliau salah seorang yang akan uruskan kempen iklan anda nanti.
Seingat saya, sebahagian template-template & cara rekod data Team Fames, adalah hasil tangan beliau.

Ads Specialist - Abbas Rosedi

Beliau juga merupakan Ads Specialist kami.
  • Lebih 3 tahun dalam selok belok Facebook Ads.
  • Pelajar lulusan Universiti Malaya.
  • Mempunyai rekod yang bagus dalam menaikkan respon iklan untuk produk fesyen & perfume sebelum ini.
Jenis yang simple. Tak suka terlalu komplikated. Selagi ada 'result' maka pendekatan itu akan diutamakan.
Kata-kata hikmah: "Semakin cepat kita test, semakin cepat kita tahu targeting iklan mana yang bagus"
Prinsip dalam pengiklanan: "Dimana ada prospek yang berkualiti, disitu kita bid untuk letak iklan"

Marketing Strategist - Fairuz Razak

Beliau merupakan Marketing Strategist kami.
  • Lebih 2  tahun dalam selok belok Facebook Ads.
  • Mahir dalam selok belok strategi pemasaran internet
  • Mempunyai pengalaman dalam penghasilan dan pemasaran produk digital
Beliau banyak menggunakan platform pemasaran Email Marketing.  Selain itu, beliau juga mahir dalam merangcang strategi pemasaran, marketing  dan sales funnel. 

Kami bantu anda untuk buat...

1. Kajian Pasaran

  • Kami kaji apa masalah dan kehendak bakal pelanggan anda
  • Kenal pasti keyword yang menjentik emosi bakal pelanggan
  • Supaya dapat buat ayat iklan yang tepat ke hati bakal pelanggan 

2. Kajian Produk 

  • Kami kaji apa keunikan produk anda berbanding produk lain
  • Kenal pasti cara untuk buatkan prospek pilih produk anda dan bukan produk pesaing
  • Supaya anda lebih mudah dapat pelanggan tanpa perlu penat bersaing 

3. Ayat Iklan Lengkap

  • Kami buatkan headline yang berkesan untuk menarik ramai pelanggan 
  • Bantu anda untuk olah offer yang buat pelanggan anda meleleh
  • Pelanggan tak sabar nak beli produk anda lepas baca iklan anda

 

Senang cerita, kami buat A-Z sampai siap ayat iklan anda. Anda tinggal setting FBads dan copy paste je ayat iklan yang kami sediakan. 

 Macam mana kalau ayat iklan yang kami buat ni tak berkesan?

Kami beri tempoh 2 minggu untuk ubah suai ayat iklan anda:

  • Kami follow up dengan anda dalam tempoh 2 minggu
  • Jika tak ramai klik iklan anda, kami ubah headline ayat iklan
  • Jika respon tak bagus, kami ubah suai offer anda

Ini Proses Kerja Kami

Kami akan call dan dapatkan maklumat produk/servis anda

Anda buat bayaran penuh kepada kami

Kami siapkan 3 ayat iklan untuk anda dalam masa 7 hari bekerja

 +1 Bonus Premium PERCUMA

Bonus Premium - Kajian Customer Avatar (Bernilai RM250 FREE)

  • Kami buatkan kajian avatar untuk anda
  • Kenal pasti 3 segmen pelanggan yang perlukan produk/servis anda
  • Kami bantu anda tentukan targeting dan interest FBads yang sesuai

Berapa yang anda perlu laburkan?

Servis Penulisan Ayat Iklan FBads  

  • 3 ayat iklan - 3 ayat iklan untuk 3 segmen pelanggan. Kami tulis khas untuk bantu anda dapat respon dengan mudah
  • Ayat Iklan mesra FBads - Ayat iklan yang kami buat adalah sesuai dengan polisi FB, jadi kurang kebarangkalian untuk kena Flag
  • Tempoh ubah suai 2 minggu - Kami ubah suai ayat iklan anda dalam tempoh 2 minggu jika iklan anda tiada respon
  • Bonus Premium - Kami buatkan kajian customer avatar supaya anda tahu targeting dan interest FBads yang berkesan
Harga:

997.00 sahaja

Tempah servis ayat iklan FAMES... Sekarang! 

Klik butang merah bawah ni: 

Terma dan Syarat:

Kami beri tempoh 2 minggu kepada anda jika anda mahu kami ubah suai ayat iklan anda. Selepas 2 minggu, kami tidak akan ubah suai ayat iklan anda. Kami juga tidak berikan sebarang jaminan jualan kepada anda.

P.S: Jika anda belum mampu dapatkan servis kami, kami sarankan anda belajar dan buat sendiri ayat iklan anda. Klik sini untuk belajar cara tulis ayat iklan yang power.

PP.S: Jika anda mahu kami uruskan kempen FBads dan tulis ayat iklan anda, klik sini untuk tempah servis iklan kami.

Shares

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.