Pengiklanan

6 Jenis Emosi yang Menjadi Suis Trigger Pelanggan Untuk Membeli Dengan Mudah. [Part 2/2]

Artikel ini adalah bahagian 2, Klik sini untuk baca bahagian 1.

Pada artikel yang lepas saya kongsikan 3 emosi asas yang anda boleh gunakan dalam iklan anda. Kita recap semula secara ringkas.

Emosi yang pertama ada gembira, emosi gembira banyak digunakan pada iklan mainan kanak-kanak dan restoren makanan segera.

Emosi kedua adalah takut. Ini adalah emosi yang sering digunakan dalam iklan takaful insurans.

Emosi ketiga pula adalah jijik, sesuai digunakan dalam iklan jenis produk racun makhluk perosak. BOleh juga digunakan pada iklan produk jerawat atau kurus.

Jadi, dalam artikel ini saya kongsikan 3 lagi jenis emosi asas yang anda boleh gunakan dalam iklan anda.

 

STOP! 
Baca dulu bahagian 1 jika anda masih belum baca. (Klik sini)

 

 

#4. Terkejut

 

 

“Macam mana nak gunakan emosi terkejut dalam iklan?”

Mungkin ada yang tertanya-tanya.

 

Iklan terkejut

 

Sebenarnya banyak je iklan yang ada gunakan emosi ini. Caranya adalah gunakan fakta yang mengejutkan pada Headline ayat iklan anda.

Contoh Headline yang gunakan emosi terkejut:
“Penemuan Terbaru! Saintis Temui Cara Untuk Kurus Dengan Hanya Makan Buah Kiwi!”

Headline yang ada unsur kejutan biasanya berkesan untuk tarik perhatian prospek dengan mudah dan pantas.

 

 

#5. Marah

 

 

Emosi ini jarang digunakan dalam iklan untuk menjual… Tapi banyak digunakan dalam iklan berbentuk awareness yang bertujuan untuk mendidik prospek tentang produk anda.

Sebagai contoh, anda menjual produk organik yang bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya. Anda boleh gunakan emosi marah pada “content” awareness anda.

Mungkin anda boleh ceritakan rahsia dan sisi gelap produk-produk yang berbahaya di pasaran.

 

Baca Juga -  6 Jenis Emosi yang Menjadi Suis Trigger Pelanggan Untuk Membeli Dengan Mudah. [Part 1/2]

iklan marah

 

Contohnya, anda hasilkan artikel bertajuk:
“3 Rahsia Gelap yang Syarikat Kosmetik Ternama Tidak Mahu Anda Tahu!”

Iklan jenis ini adalah bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan prospek anda. Anda ingin didik mereka supaya sedar bahawa anda adalah “good guy” dalam pasaran dan anda tidak jahat seperti pesaing lain yang ada di pasaran sedia ada.

Anda mahu buatkan prospek rasa marah pada produk-produk sedia ada di pasaran dan beralih pada produk anda.

AMARAN: Anda tidak dibenarkan memburuk-burukkan jenama yang spesifik.

 

 

#6. Sedih

 

 

Emosi sedih ada digunakan dalam iklan, tetapi biasanya bukan iklan jualan produk atau servis… Emosi sedih banyak digunakan dalam iklan kempen kesedaran dalam kalangan NGO.

Biasanya, iklan-iklan kutipan derma oleh organisasi amal banyak gunakan emosi ini. 

Tapi, ada juga iklan menjual yang releven untuk gunakan emosi sedih ini. Antaranya adalah iklan Takaful/Insurans. Ada iklan servis insurans menceritakan tentang nasib anak-anak dan keluarga setelah kematian si ayah, ini apa saya maksudkan emosi sedih pada iklan.

 

iklan sedih

 

 

Kesimpulan 

 

6 emosi ini adalah emosi asas yang ada pada semua manusia. Anda boleh manipulasikan 6 jenis emosi ini untuk digunakan pada iklan anda.

Bila saya kata iklan, maksud saya ia bukan sahaja merujuk pada ayat iklan, bahkan meliputi juga aspek imej atau video yang anda gunakan sebagai iklan.

Mulai dari saat ini, anda perlu ingat, untuk buat iklan yang berkesan anda perlu manipulasikan emosi-emosi yang ada pada prospek anda.

 

Leave a Comment

Shares