FBadsMarketingPemasaranPengiklanan

9 Idea Interest Target di Facebook Ads

FAKTA: Pengguna aktif Facebook di malaysia lebih 17 juta orang. Namun tak semuanya boleh kita target!

Kalau dilihatkan statistik, ramaikan orang yang boleh kita target?

Cuba bayangkan 1% saja dari 17 juta orang tu yang beli dengan kita.
Wow!
Kita dah dapat 170 000 pembeli. 1 produk kita jual RM10 je. Dah dapat RM1.7 juta.

7 angka tu. Best tak?
Sabar & bertenang..

Sekali dilihat memang semudah tu. Hehe
Tapi pelaksanaannya tak semudah tu, dah ramai yang terbakar tangan akibat tamak haloba nak sasarkan iklan pada semua orang. Iklan rambang akan menyukarkan proses mendapatkan prospek. Saya amat sarankan sebelum bermulanya iklan, kita mulakan dengan proses avatar pelanggan

Apa tu avatar pelanggan?

Avatar pelanggan ialah bayangan siapa bakal pelanggan kita. Siapa yang ingin membeli produk kita. selepas itu barulah mudah kita mencari dimana tempat mereka berada.

Dah selesai avatar pelanggan, ia akan memudahkan anda mencari dimanakah bakal pelanggan anda berada. Disini saya ingin berkongsi, 9 interest yang biasanya kami gunakan untuk mendapatkan target-target yang sesuai untuk setiap client kami.

1. Relationship

Relationship ini merujuk pada status seseorang sama ada sudah bertunang, masih single, atau dah berkahwin.

Perkara biasa kemahuan orang yang bujang dan yang dah berkahwin sangat berbeza walaupun produk sama yang kita jual. Kita kene pastikan terlebih dahulu pada siapa iklan kita disasarkan.

Contoh:
Jika kita usahawan tudung,

  • Shawl XZ untuk si anak dara cantik ke tempat kerja
  • Nak senang tak payah lilit-lilit hingga terbelit, anak pun tak sempat nak nangis mintak susu, shawl XZ ni jawapannya!

Haa..
Mana satu kita sasarkan pada yang single dan yang dah berkahwin?
Cuba teka?

Ayat no 1, kita boleh sasarkan pada relationship single kerana memang iklan ini kita sasarkan pada orang yang masih bujang.

Berbeza dengan iklan no 2, iklan jni disasarkan khusus kepada yang ada anak kecil.

Dimana hendak setting?
1. Masuk ke dalam www.facebook.com/ads/manager
2. Create ads (contoh boost your post)
3. Pergi ke bahagian interest > Behaviour > Relationship Status
4. Pilih sama ada single, married atau engage

2. Pekerjaan

Di facebook Ads, kita boleh target berdasarkan pekerjaan seseorang.

Beberapa cara bagaimana Facebook kategorikan pekerjaan kita:

1. Status yang kita update di profile pada bahagian workplace atau jawatan

2. Tag daripada rakan sekerja kita untuk pekerjaan yang kita buat sekarang

3. Cara kita search,like sesuatu post dan behaviour kita di Facebook

Kenapa Nak Kene Target Pekerjaan, Apa Sebabnya?

Setiap pekerjaan memberikan tugasan,cabaran, kemahuan dan juga gaji yang berbeza. Jadi kita boleh ‘customize’ setiap pekerjaan ini sesuai dengan mereka dan ayat jualan yang kita gunakan lebih spesifik.

Sebagai contoh:
Jika anda merupakan konsultan untuk pinjaman perumahan dan ingin sasarkan iklan anda pada pekerja kerajaan:

Khas untuk pegawai kerajaan: Berita baik!Kini anda boleh memiliki rumah idaman dengan hanya 3 langkah sahaja.

Nak lagi spesifik, iklan disasarkan pada kementerian pelajaran:

Khas untuk cikgu-cikgu: Berita baik! Kini anda boleh memiliki rumah idaman dengan hanya 3 langkah sahaja.

Macam mana nak setting?

Baca Juga -  3 Cara Untuk Menjual Produk Sensitif di FB... Tanpa Perlu Risau Kena Flag (InsyaAllah)

1. Pilih dibahagian interest ambil employer
dan cari kementerian
2. Jika tiada idea, pilih satu dan Facebook akan rekomenkan yang berkaitan dengan interest yg dipilih.

3. Pesaing Terdekat

Selain itu, iklan kita boleh disasarkan pada pesaing terdekat kita

Kenapa nak iklankan pada pesaing?
Sebab competitor terdekat biasanya temperature pospek lebih kurang sama dengan bakal pelanggan kita.

Contoh :
Anda ada prodok sendiri menjual handbag jenama ” xx”

Anda boleh cari interest di facebook yang menjadi competitor anda seperti LV,Coach,Bonia dan sebagainya

Jadikan ia sebagai interest
Untuk kita target

Macam mana caranya:
1. Pergi ke bahagian interest
2. Pilih interest pesaing terdekat anda

4. Siapa Yang Bakal Pelanggan Anda Suka?

Bahagian ini agak ‘tricky’ sedikit. Kita pusing jauh sedikit. Cuba bayangkan diri anda sebagai prospek, cuba fikir selain nak dapatkan produk anda, siapa yang prospek follow?

Contoh terdekat seperti artis, pelawak,motivator, penceramah, menteri dan ikon
tertentu.

Tips: lihat pada ikon itu apa persamaan atau idaman prospek.

Contoh :
Jika anda pengusaha tudung labuh,
Siapa motivator, artis,menteri, ustazah dan ikon yang memakai tudung labuh?
Senaraikan dan ambil mereka sebagai interest

5. Barang Yang Prospek Biasa Gunakan

Pening sangat, guna interest tu tak jadi, guna sini takde respon. Cuba gunakan tips ke-5 ni pulak.

Macam mana tu?
Duduk sebentar, keluarkan kertas dan pen. Cuba bayangkan apa yang propek anda buat dari bangun tidur aaktu pagi sampai ke malam.

Contoh:
Setiap pagi, selepas aminah bangkit dari tidur, dia ke bilik air memegang berus gigi xx, lalu dia colet ubat gigi YY pada berus gigi tersebut.
Setelah solat menggunakan telekung ZZ, aminah bersiap dan mengayakan tudung jenama AA dan baju BB. Sebelum bersalam dengan suaminya ke tempat kerja, dia menyembur minyak wangi jenama CC dan memasukkkan dompet DD ke dalam handbag EE

Fuhhh..belum tengah hari lagi bnyak juga interest yang saya dah dapat.Boleh cuba cara ni untuk berikan idea pada anda.

6. Bahan Bacaan

Ini salah satu idea, apa bahan bacaan yang bakal prospek kita akan baca seperti majalah, surat khabar, blog( jika ada di interest), dan lain-lain .

Biasanya kategori bahan bacaan yang berbeza memang untuk target market yang berbeza

Contoh :

  • Majalah Pa&Ma fokus utama pada ibu bapa yang mempunyai anak kecil
  • Majalah Niaga lebih kepada usahawan-usahawan online sama ada baru atau lama
  • Majalah Solusi lebih bersifat pada keagamaan
Baca Juga -  Cara Segmen Pembaca Blog Bagi Strategi Retargerting Yang lebih berkesan

Keluaran majalah setiap bulan biasanya berbayar. Jika Orang sanggup keluarkan duit untuk pembelian majalah, kemungkinan besar target market ini juga mampu untuk keluarkan duit untuk produk kita jika nilai sampai pada mereka.

7. Rancangan Kegemaran

Ini lebih kepada target general yang kita boleh kita gunakan seperti apakah rancangan kesukaan dan juga pilihan TV contoh TV3, TV1 , Astro, CNN, ESPN ,TV2 , Maharajalawak, Mentor Mellenia, Suamiku Sweet, dan bermacam lagi.

Biasanya jika kita menggunkana target seperti ini, ia agak general dan saiz audience lebih dari 1 juta. Jadi kita kene pandai kawal saiz dengan target gender,umur dan juga demografi(kawasan) yang lebih spesifik.

Macam mana nak pilih?

1.Masuk ke bahagian interest
2. Pilih interest berdasarkan rancangan kesukaan
3. Cuba kawal saiz audience dengan spesifikan lagi gender/umur/demografi



8. Minat Prospek

Anda boleh juga target apa yang prospek minat dan ini bergantung pada bagaimana anda letak customer avatar contoh hobi, makanan kesukaan, Tempat pelancongan.

9. Barangan Elektronik

Ini pun biasa digunakan sebagai targeting lebih-lebih lagi ia merupakan alatan wajib yg digunakan setiap orang sebagai contoh target jenis handphone android atau iphone. Ini juga boleh juga digunakan sebagai target.

      Terdapat dua cara bagaimana ia digunakan:

  • Dalam bahagian interest

Bagaimana nak pilih?

1.  Pergi ke bahagian interest> behaviour > mobile device user
2.  Pilih interest android atau iphone

  • Pengguna telefon ini

Bagaimana nak pilih?
1. Pergi ke bahagian placements > edit placement > advanced option
2. Pilih specific mobile device & operating system

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Facebook dah sediakan chanel untuk kita pilih audience yang terbaik untuk bakal pelanggan kita dengan kos pengiklanan yang begitu minima.

Jika kita bandingkan diluar, contoh beriklan di majalah kos iklankan 1 muka surat penuh sahaja sudah memakan kos beribu ringgit dan sudah tentu sekali sudah mencukupi untuk orang kenal. Ini belum dikira hasil dari pengiklanan lagi sama ada positive atau tak dapat langsung. Secara tak langsung, Facebook sebenarnya dah membantu kita untuk kurangkan kos pengiklanan pada peringkat awal.

Anda boleh gunakan idea seperti dibawah untuk digunakan sebagai target anda:

1. Relationship
2. Pekerjaan
3. Pesaing Terdekat
4. Siapa Yang Bakal Pelanggan Anda Suka?
5. Apa yang biasa prospek Biasa Gunakan:
6. Bahan Bacaan
7. Rancangan Kegemaran
8. Minat Prospek
9. Barangan Elektronik

Saya tak menjanjikan sales akan terus datang jika gunakannya, tapi disini antara contoh di mana idea jika anda dah tak tahu nak guna apa sebagai interest.

Insyallah artikel seterusnya, saya akan sharekan “tools powerfuldari Facebook yang memudahkan anda tak perlu berfikir lagi siapa target anda.

 

One Response

  1. abdul rahman ali

Leave a Comment

Shares