CopywritingPengiklanan

Cara Buatkan Prospek Baca Iklan Kita Sampai Habis. (No. 3 Ayat Psikologi Abraham Maslow)

Dunia online penuh dengan info.

Jadi, apabila kita mahu tulis iklan berbentuk konten. Kita kena tahu serba-sedikit ilmu saikologi manusia untuk menarik minat prospek. Seterusnya membaca mesej yang kita ingin sampaikan.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan 3 jenis ayat yang bakal membuatkan mesej iklan anda dibaca sehingga habis.

Luangkan sedikit masa untuk dapatkan ilmu berharga ini.

 

1) AYAT PERTIKAI FAKTA

 

Manusia pantang ditegur. Lagi-lagi berkait dengan kepercayaan. Bayangkan fakta yang dia percaya bertahun-tahun. Tetiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu sebab.

Ayat jenis ini jika anda pandai guna dalam mesej pengiklanan, anda mampu buatkan prospek melekat untuk tahu apa yang anda ingin sampaikan.

Contoh dalam niche kecantikan: “Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”

Fakta semasa yang mereka terima mungkin: “Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari” <<< (ingat ini fakta semasa.)

Tajuk seperti ini akan membuatkan prospek serba tak kena. Lagi-lagi mereka memang dah lama guna produk Sirip Ikan Yu. Jadi tugas kita mempertikai fakta sedia ada.

Selepas itu, kita kena terangkan lah fakta yang baru itu betul beserta bukti-bukti sokongan. Baru prospek akan teruja & suka mesej kita.

AWAS! Jika tidak disampaikan dengan baik, anda bakal dikecam. hahaha 😉

 

2) AYAT INGATKAN ‘THE BIG WHY’.

 

Setiap manusia pasti ada impian yang ingin dicapai. Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil. Impian tersebut kian kabur.

Jadi, sebagai orang bisnes. Kita boleh gunakan kesempatan ini untuk ingatkan semua THE BIG WHY prospek kita. Ingatkan menerusi mesej pengiklanan kita.

Contohnya dalam niche kewangan: “Dah dapat ke bagi duit belanja dekat ibu di kampung?”

Saya percaya antara BIG WHY orang yang meminati niche ini adalah boleh bantu ibu ayah dari sudut kewangan. Jadi, tugas kita adalah mengingatkan semula kenapa seseorang itu bermula. Dan apa BIG WHY asal mereka.

Baca Juga -  3 Cara Dapatkan Idea Untuk Menulis Iklan (Walaupun Anda Bukan Copywriter)

Kita perlu sedar bahawa manusia cepat LUPA. Jadi, tugas kita adalah mengingatkan & bantu mereka selesaikan masalah tersebut dengan segera.

Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat & bakal membuatkan prospek baca sehingga habis. Tak mustahil mereka akan berterima kasih & beli penyelesaian daripada anda.

 

3) AYAT INFO YANG RAMAI TAK TAHU.

 

Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan benda baru.

Berdasarkan kajian saikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini. Namanya Self-Esteem. (Sentiasa inginkan peningkatan status diri)

Senang cerita. Nampak pandai. Jika dia dapat tahu sesuatu info, sebelum orang ramai tahu. Ia akan berasa bangga & suka berkongsi info tersebut. (ini yang page-page viral selitkan pada tajuk artikel mereka)

Contohnya dalam niche hartanah: “7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan anda. Sebab ia berkait rapat dengan kajian saikologi Abraham Maslow.

Nak jadi lebih spesifik. Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah. Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut.

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga anda dapat amalkan & tingkatkan kualiti mesej pengiklanan dimasa akan datang.

——————————————————

Nak belajar copywriting secara 1-to-1?

Jika anda ada masalah copywriting (penulisan iklan) & takde masa lama nak pergi kelas.

  • Jenis susah nak fokus bila hadir seminar.
  • Malas bersesak-sesak & malu jumpa orang ramai.
  • Anda selesa belajar secara private & esklusif.

Anda rasa dengan cara 1-to-1 ini lebih fokus, lebih mudah faham & menjimatkan masa. Boleh klik link ini untuk tempah sesi personal coaching dengan saya.

Baca Juga -  1 Teknik NLP yang Boleh Buatkan Copywriting Anda Memukau

[button link=”https://fames.com.my/personal-coaching/” newwindow=”yes”] Saya Mahu Coaching[/button]

Faris Osman,
Copywriter Team Fames.

2 Comments

    • Faris Osman

Leave a Comment

Shares