Uncategorized

3 Rahsia yang Dicuri Dari Sifu Bertaraf World Class Ini Boleh Bantu Anda Untuk Buat Ayat Iklan yang Power

“Hmmm… Tak ada idea la nak tulis ayat iklan.”

Saya percaya dan yakin, majoriti peniaga online akan hadapi persoalaan ini.

Mungkin anda yang sedang baca artikel ini juga pernah hadapi… atau mungkin sedang hadapi masalah ini?

Kalau anda sedang fikir idea untuk tulis ayat iklan, saya sarankan anda berhenti sekarang juga! Sebab apa? Sebab anda sedang buang masa.

Haaa…!? Habis tu macam mana nak dapat idea nak tulis ayat iklan?

Kalau anda sangka anda yang kena fikir idea untuk ayat iklan, anda sudah silap. Sebenarnya, idea ayat iklan itu datang dari pelanggan sendiri, bukan dari minda anda.

Perkataan yang datang dari mulut pelanggan itulah idea yang paling mahal dan terbaik untuk dijadikan ayat iklan.

Nak tahu macam mana caranya?

Baca artikel ini sampai habis, saya nak kongsikan rahsia yang digunakan oleh 3 orang sifu yang bertaraf International dan World Class.

#1. Teknik Rahsia dari Tuan Aqif Azizan.

Saya ingat lagi masa saya hadir ke salah satu kelas Tuan Aqif Azizan, dia kata ada satu formula yang kena sampai bila-bila kalau nak buat ayat iklan yang power.

R.P.I…

Formula apa tu?

kisah kejayaan pelanggan

Result, proof dan irresistible offer.

Apakah satu kesan ketara yang pelanggan anda berjaya capai selepas gunakan produk anda? Rujuk balik testimoni pelanggan, kalau tak ada testimoni anda wajib call pelanggan anda dan interview mereka untuk dapatkan testimoni.

Tanya mereka secara jelas, apa hasil yang mereka dapat selepas gunakan produk anda.

Kesan/Result yang berjaya dicapai oleh pelanggan anda ini akan dijadikan tajuk ayat iklan. Kemudian, sertakan bukti pada iklan. Bukti biasanya adalah dalam bentuk gambar.

Akhir sekali, anda perlu beri tawaran yang meleleh supaya bakal pelanggan anda rasa tak sabar-sabar untuk dapatkan produk anda.

#2. Teknik Rahsia Dari Ryan Deiss

Buat yang belum kenal siapa Ryan Deiss, beliau adalah pendiri dan CEO kepada digital marketing. Antara konsultan bertaraf World Class yang popular.

Antara nasihat yang saya dapat dari Ryan Deiss adalah…

“Jika nak tulis ayat iklan pastikan untuk fokus pada proses sebelum dan selepas…”

Apa yang prospek rasa sebelum cuba produk anda dan apa pula yang bakal mereka rasakan selepas mereka cuba produk anda?

Tekankan apa yang berlaku sebelum dan selepas. Ini kerana bakal pelanggan anda membeli produk kerana mereka mahukan perubahan pada diri mereka.

Sebagai contoh, anda jual ubat lipas. Mungkin sebelum bakal pelanggan gunakan ubat lipas anda mereka rasa takut-takut nak bawa kereta sebab dalam kereta ada banyak lipas. Lepas dah gunakan produk anda mereka menjadi yakin dan tak takut nak drive jauh-jauh dah.

Ini hanyalah contoh, anda boleh aplikasikan pada iklan anda dengan ayat yang lebih tersusun.

Untuk bacaan lebih lanjut, klik untuk baca artikel asal dari Ryan Deiss:
http://www.digitalmarketer.com/customer-value-optimization/

#3. Teknik Rahsia dari Russel Brunson

“Manusia sebenarnya bukan membeli produk, tetapi mereka membeli transformasi.”

rahsia dari russel brunson

Saya dapat teknik ini dari buku Dotcom Secret yang ditulis oleh Russel Brunson. Beliau juga adalah salah seorang dari pakar pemasaran yang bertaraf world class.

Beliau banyak tekankan perlu ceritakan transformasi yang dialami oleh pelanggan anda dalam ayat iklan. Sebab dengan menekankan tentang transformasi dan kisah kejayaan pelanggan anda, bakal pelanggan anda akan lebih percaya dengan produk anda dan terdorong untuk buat pembelian.

Menurut Russel Brunson, manusia sebenarnya bukan membeli produk, tetapi mereka membeli transformasi. Jadi, ini adalah sebab utama mengapa dalam ayat iklan anda perlu ceritakan transformasi-transformasi yang dialami oleh pelanggan-pelanggan yang pernah gunakan produk anda.

Kesimpulan

Sebenarnya, teknik yang digunakan oleh 3 orang sifu ini lebih kurang. Kesimpulannya, dapatkan cerita tentang perubahan dan kesan yang berjaya dicapai oleh pelanggan-pelanggan yang telah berpuas hati.

Jadikan kisah-kisah kejayaan pelanggan anda sebagai ayat iklan. Teknik ini biasanya berkesan sebab secara lumrahnya manusia memang sukakan cerita. Lagi-lagi cerita yang boleh berikan mereka inspirasi untuk berjaya mencapai impian dan harapan mereka.

One Response

Leave a Comment

Shares