Pemasaran

Selipar Ini Bakal Buka Mata Anda Tentang Pemasaran

Apa kaitan selipar jepun ni dengan pemasaran ya?

Hmmm… Sebenarnya, setiap kali saya pergi mana-mana masjid nampak je selipar jepun ni mesti saya fikir tentang segmen pelanggan dan USP.

Serius saya cakap, selipar jepun ni banyak sedarkan saya tentang asas pemasaran. Setiap kali nampak je rasa macam kena tamparan yang pedih macam kena sambar dengan petir.

Hehe… Sorry, hype sikit ayat. Eh, bukan la hype, hiperbola je.
Tengah hari tadi saya singgah solat di satu masjid dan masa nak balik tu perasan ada satu selipar.

Okay, cukup merepek setakat tu, kembali kepada topik asal.

Bagaimana selipar jepun ni mengajar saya tentang segmen pelanggan dan USP ya?

Cuba anda tengok selipar ni brand apa? Selipar ni jenama Waqaf.

Setakat hari ini, semua pengeluar selipar dan target kepada semua orang. Belum ada syarikat pengeluar selipar tetapkan segmen pelanggan yang mereka mahu jual. Semua syarikat pengeluar selipar jepun jual kepada semua orang.

Tapi, apa yang syarikat ini buat mereka fokuskan pada satu segmen pelanggan sahaja. Iaitu mereka yang mahu beli selipar untuk disedekahkan kepada Masjid atau Surau.

Apa jadi dengan selipar ini? Kalau ikut pada pemerhatian saya, selipar ini mungkin laku keras. Mana-mana masjid dan surau sekitar selangor ni saya pergi ada je selipar jenama “Waqaf” ni.

Rahsia untuk menjual tanpa perlu bersaing adalah, cari segmen pelanggan yang tiada pesaing dan jual pada segmen pelanggan itu saja.

“Produk saya sesuai untuk semua orang… Biar la saya jual kepada semua orang. Lagi ramai beli lagi banyak untung”-Ali (bukan nama sebenar)-

Biasa jumpa atau tengok pemiaga yang ada perangai macam Ali ni?

Macam ni la, cuba andaikan pengeluar selipar jenama “Waqaf” ni jadi macam Ali. Nak jual dekat semua orang dan tak ada segmen pelanggan sendiri. Agak-agak senang tak nak bersaing dengan selipar-selipar jepun lain yang sedia ada di pasaran?

Disebabkan selipar jenama Waqaf ni fokus pada pelanggan yang nak sedekahkan selipar pada masjid je, jadi mudah untuk jual.

Selipar ni juga sedarkan saya satu perkara tentang USP.

 

Apa itu USP? Unique selling proposition atau dalam kata yang lain keunikan yang ada pada produk anda je dan tak ada pada produk lain.

Ramai owner produk di Malaysia ni suka claim No 1 bla bla bla… Terbaik di Malaysia… Penghulu sultan kepada segala produk…

Kadang-kadang, kena back to basic. Kita suka sangat fikir USP yang seksi dan fancy.

Cuba tengok apa USP selipar jepun ni? Cop Waqaf pada selipar, tu je USP dia.

Dengan adanya cop Waqaf, orang nak curi pun malu. Memang pelanggan akan beli untuk waqaf pada masjid. Pihak masjid kalau beli selipar ni pun, tak perlu nak tulis nama masjid bagai.

Beli terus letak dekat masjid je. Sah-sah orang tengok tahu dah ni selipar masjid. Siapa curi pakai dekat luar sah-sah kantoi selipar curi.

Tak ada pun dia nak claim Terbaik No. 1 di Alam Semesta, penghulu segala selipar atau apa sahaja USP yang dah lapuk dan boring.

One Response

Leave a Comment

Shares